Welcome

Welcome

HOMESTAY DI LANGKAWI

HOMESTAY DI LANGKAWI

INFO PENGANGKUTAN

INFO PENGANGKUTAN


Macam mana nak datang ke Pulau Langkawi ?

KONSORTIUM FERI 


Jika memandu dari Kuala Lumpur, anda boleh melalui Lebuhraya Utara Selatan sehingga sampai ke susur keluar Gurun, Kedah dan menuju ke Kuala Perlis. Perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam. Terdapat juga perkhidmatan feri dari Kuala Kedah. Pengguna Lebuhraya Utara Selatan perlu keluar di Alor Setar(Selatan) dan menuju ke Kuala Kedah. Untuk yang menaiki kenderaan sendiri anda boleh mencari tempat letak kenderaan berdekatan Jeti Kuala Perlis @ Kuala Kedah dengan kadar RM10 sehari. Bagi yang menaiki bas pula, stesen bas terletak berhampiran Terminat Jeti Kuala Perlis.

Feri di langkawi mula beroperasi pada pukul 7 pagi dan berakhir pada 7 malam setiap hari 

DARI
TEMPOH MASA
Anggaran
TAMBANG DEWASA
(RM)

TAMBANG KANAK KANAK (RM)
Kuala Perlis
1 Jam
RM 21.00 sehala
RM 16.00 sehala
Kuala Kedah
1 Jam 45 Minit
RM 26.50 sehala
RM 20.50 sehala



## KINI TEMPAHAN Online boleh di buat terus melalui web syarikat FerryLine.
Klik SINI untuk tempahan.

Satu lagi pilihan untuk anda yang ingin membeli tiket feri di Langkawi untuk ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah.
Sebagai alternatif untuk mengelakkan kesesakan yang berlaku di Jeti Kuah, anda boleh membeli tiket feri bagi sektor Kuala Perlis dan Kuala Kedah di ibu pejabat Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd (berhadapan Hotel Bahagia - Langkawi Mall). Waktu operasi adalah dari jam 8.00pg - 5.00ptg setiap hari Selasa hingga Sabtu (tutup pada hari Ahad dan Isnin). Sila hubungi talian 04-9668988 untuk maklumat lanjut.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SANI FERI  (Akan Datang)


Satu lagi pilihan anda untuk masuk ke Pulau Langkawi ialah menggunakan perkhidmatan Feri Sani. Company Sani terkenal dengan produk Bas Expressnya. Bermula 2024 syarikat ini mengorak langkah menceburi bidang Marin dengan melancarkan Sani Ferry ke Pulau Langkawi. Buat masa ni sektor perjalanan hanya dari Kuala Perlis Ke Langkawi dan sebaliknya. Booking Onlie akan menyusul. Jadual dan harga boleh rujuk jadual di bawah ya..

DARI
TEMPOH MASA
Anggaran
TAMBANG DEWASA
(RM)

TAMBANG KANAK KANAK (RM)
Kuala Perlis
1 Jam
RM 21.00 sehala
RM 16.00 sehala

Orang Kurang Upaya (OKU): RM10.00

Warga Emas: RM13.00


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FERI RORO

Bagi yang ingin datang dan ingin membawa masuk kenderaan sendiri, anda boleh gunakan perkhidmatan kemudahan ini. Terdapat lebih dari 4 syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini. Klik pautan di bawah untuk membuat pilihan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KAPAL TERBANG



Anda boleh menaiki kapal terbang Airasia atau MAS yang menyediakan tidak kurang dari 5 penerbangan terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Padang Matsirat. Terdapat juga syarikat penerbangan yang lain seperti Myanmar Airways International, Oman Air dan banyak lagi

Booking Online melalui pautan berikut :-

MALAYSIA AIRLINE (MAS)
AIRASIA

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------