Welcome

Welcome

HOMESTAY DI LANGKAWI

HOMESTAY DI LANGKAWI

TEMPAT TEMPAT MENARIK

TEMPAT TEMPAT MENARIK


PEKAN KUAH

  Syurga membeli belah. pelbagai barangan dijual dengan harga bebas cukai seperti periuk,pinggan mangkuk,toto,rokok, pelbagai jenis coklat dan produk-produk gamat asli. Pelbagai kemudahan seperti bank, masjid, gerai-gerai makan, kedai bebas cukai, pasaraya-pasaraya,kedai runcit dan pasar malam

PANTAI CENANG

 

Terletak kira-kira 20 minit dari jeti kuah. Pantai yang paling digemari pengunjung kerana pantai yang cantik dan pelbagai aktiviti pantai boleh dilakukan seperti parasailing, banana boat dan mandi pantai. Terdapat banyak pilihan tempat makan, kedai kraftangan dan souvenier serta kedai bebas cukai.

 

  PULAU DAYANG BUNTING

Berusia 280 tahun dan pulau kedua terbesar selepas Pulau Langkawi. Mitos pulau ini mengisahkan anak kepada sepasang putera dan puteri raja mangkat sebaik sahaja dilahirkan.Oleh kerana sang puteri sangat sedih dan kecewa, beliau telah menyemadikan mayat anaknya di dalam air tasik ini. Sehingga kini dipercayai kepada wanita yang mandi dan minum air dari tasik ini nescaya dikabulkan hajat untuk menimang cahaya mata.

PULAU PAYAR



Taburan pulau-pulau kecil yang membentuk Pulau Payar terletak hanya 30 km ke tenggara Pulau Langkawi. Taman Laut terhebat di pantai barat Semenanjung ini boleh dikunjungi dengan bot dalam tempoh satu jam sahaja menjadikannya destinasi yang sesuai untuk lawatan sehari.
Taman Laut terlindung yang tidak diduduki manusia ini merangkumi beberapa buah pulau termasuk pulau yang terbesar - Pulau Payar. Tapak lawatan anda di sini merupakan sebuah platform yang didirikan tidak jauh dari Pulau Payar. Tetapi tarikan sebenar terselindung di dalam perairan sekelilingnya. Masuk ke dalam ruang pemerhatian bawah laut yang terdapat di sini untuk melihat keindahan hidupan laut di sekitar kawasan terumbu karang. Ingin melihat ikan-ikan yang menjadikan terumbu karang ini tempat tinggal mereka dengan lebih dekat lagi? Kenakan kelengkapan snorkel dan terjun ke laut untuk melihat sendiri!


Anda gemar menyelam? Tapak selaman terhebat terletak di sepanjang jalinan terumbu karang yang memagari bahagian selatan, timur dan barat Pulau Payar. Pastikan anda tanya pengendali selaman anda mengenai jarak penglihatan yang dijangka ketika selaman anda. Jarak ini berubah dari masa ke semasa.
Pulau Payar tidak mempunyai sebarang kemudahan penginapan memandangkan ianya sebuah kawasan semulajadi yang dilindungi, tetapi ini tidak menjadi masalah kerana Pulau Langkawi terletak tidak jauh dari sini dan menawarkan pelbagai pilihan tempat tinggal dan restoran.